Latest Posts

Jun 1, 2006

when languages become excuses

Blaming employers for hiring people with proficiency in Mandarin is not the right way to tackle unemployment issue in this country.

Instead of labelling Mandarin requirement as discriminatory, our politicians should take action and encourage the learning of the most widely-spoken language in the world.

I truly agree that we should prioritize Malay language and English. However, Malaysia, after gaining independence for almost 49 years and all races living under one roof, we are still not learning each other languages. How many Chinese know how to speak Tamil? How many Indian able to speak Mandarin? And how many Malay know how to speak Mandarin and Tamil? How about Chinese and Indian who can speak fluent Malay language?

How can we talk about globalisation, peace and harmony when we are making excuses of not learning each other languages?

things to do when involved in scratch-n-win scam

The Star: Report scams to tribunal
Scratch-n-win scam

Here are the procedures of what you can do if involved in scams:

1. Go to Consumer Claim Tribunal (Tribunal Tuntutan Pengguna), Ministry of Domestic Trade & Consumer Affairs, at 16th Floor, Plaza Place, The Mall, Kuala Lumpur or at your nearest location.

2. Make sure you have all documents (4 sets of photocopies of receipts, contract, credit card, typewritten descriptions of the whole senario, photos of products "won", etc, if any) ready before you go to the Consumer Claim Tribunal.

3. You will be required to fill in 4 copies of Form 1 (Borang 1). In these forms, you can claim the total amount that you have paid for the scam plus a maximum of RM200 for miscellaneous claims.

4. After paying RM5 for the processing fees, you will be given Form 2 (Borang 2). The officer will advise you to post a copy of the documents to the defendant through registered mail. You will also be given a court hearing date on the same day.

5. Kindly proceed to your bank (if you use credit card for transaction), fill in a dispute form and inform the bank about your situation. While it is not likely the bank will do anything to stop the transaction, at least you have inform your bank about such merchant who is involved in the scam.

6. Attend the court hearing.

Another friend of mine took action and she got her money back. While it is not guaranteed that you will gain back your money, at least you have done your part to inform the authority and bank about such scam involving the irresponsible company.

May 30, 2006

scratch-n-win scam

Recently a close friend of mine got herself into hot water. She became one of the many victims of scratch-n-win scam. I've asked her permission to cut-n-paste the letter she had submitted to the Consumer Claim Tribunal here in my blog.

Pada 23 Mei 2006, kira-kira pukul 3.15 p.m. setelah saya selesai membuat pengeluaran wang tunai dari HSBC Bank, Jalan Sultan Petaling Jaya, dan menaiki kereta saya, saya didatangi tiga belia berbangsa Cina yang terdiri daripada 1 orang wanita berusia 22 tahun dan 2 orang lelaki. Mereka berkumpul di tepi tingkap kereta saya dan memujuk saya membuka tingkap kereta untuk mendengar promosi mereka.

Pada mulanya saya mengabaikan kehadiran mereka dan memulakan enjin kereta saya untuk meneruskan perjalanan. Namun setelah dipujuk secara agresif oleh ketukan tingkap oleh wanita muda, akhirnya saya memberi mereka peluang untuk mendengarnya. Saya terus diberi satu kad gores berwarna hijau dan diminta untuk membukanya dan dijamin ianya peraduan percuma. Wanita muda tersebut sangat terburu-buru memberitahu banyak maklumat tentang peraduan tersebut termasuk memberi keratan surat khabar (bertarikh 15 Februari 2006) tentang peraduan tersebut, produk dan nama syarikat serta menanya banyak soalan peribadi seperti adakah saya seorang pelajar / bekerja, adakah saya berasal dari Petaling Jaya, adakah saya memiliki kad kredit, adakah saya pernah mendengar rancangan ASTRO atau membaca surat khabar Metro tentang peraduan tersebut.

Setelah saya menjawab soalan tersebut, saya pun melayannya iaitu dengan membuka kad gores. Wanita tersebut mendakwa bahawa terdapat 2 jenis kemungkinan iaitu tertera “Thank You” atau tiga produk elektronik percuma. Kad gores yang dibuka tersebut menunjukkan RM3888 dan 3 gambar produk iaitu “water filter” (penapis air), “air purifier” (penapis udara) dan mesin “foot reflexology” (mesin urut kaki). Saya memberitahunya saya tidak berminat dengan produk tersebut, tetapi wanita tersebut terus memberitahu saya, saya pasti akan menerima salah satu daripada 5 hadiah utama iaitu kereta Proton Perdana V6, Kancil, Plasma TV, motosikal Jaguh, dan kerusi “massage” (urut) dengan menggores kad hijau yang sama, pada ruang kedua yang menunjukkan simbol “kunci”. Tetapi dengan 2 syarat, iaitu saya perlu mebayar RM3888 untuk bayaran perkhidmatan memapar iklan untuk menyokong peraduan tersebut dan bersetuju untuk mewakili syarikat untuk promosi barangan mereka. Saya dijamin akan menerima 3 barangan elektrik tersebut secara percuma jika bersetuju menyertai peraduan peringkat kedua.

Apabila saya enggan menggores dan menelefon rakan-rakan untuk mendapatkan nasihat sama ada untuk mempercayai dan menyertai peraduan tersebut, wanita tersebut mula meyakinkan saya bahawa terdapat satu pemenang yang memenangi kereta Gen 2 juga mempunyai reaksi yang sama dengan saya. Dia juga mendakwa bahawa wanita tersebut telah menelefon 8 orang kawannya dan semua memujuknya tidak menyertai tetapi akhirnya pemenang itu bersetuju setelah mendapat kebenarannya daripada suaminya. Wanita tersebut juga memberitahu saya agar jangan membuang masa lagi untuk mendapatkan rujukan rakan dan memulakan perbualan tentang gajinya yang rendah iaitu RM700 – RM800 dan hanya menerima RM1 untuk setiap pembukaan kad gores daripada syarikatnya. Dia memujuk saya menyertai kerana akan menerima komisen RM1000 jika saya menggores kad hijau itu pada peringkat kedua.

Setelah saya bersimpati dengannya, saya keluar dari kereta menuju ke kedai telekomunikasi untuk mendapatkan kad reload (tambah nilai) kredit telefon bimbit saya dan cuba menelefon 3 orang kawan baik saya. Malangnya, nasib tidak menyebelahi saya, ketiga-tiga kawan saya tidak dapat membalas panggilan saya. Wanita itu terus memberitahu saya bahawa dia kesuntukan masa untuk melayan saya. Akhirnya saya bersetuju menyertai dengan kepercayaan bahawa dia tidak mungkin menipu saya kerana dia lebih muda dari saya dan berkelakuan jujur.

Dia meminta saya mengikutnya ke syarikatnya iaitu Techligent Sdn Bhd yang terletak di Jalan Kuchai Lama untuk berjumpa dengan pengurus atau “supervisor” (penyelianya) untuk menangani perjanjian kontrak yang melindungi saya dari kerugian sekiranya kad gores yang saya miliki itu kosong atau tidak mempunyai senarai hadiah yang dijanjikan. Surat perjanjian itu akan menyatakan pihak syarikat membayar pampasan RM7000 tunai kepada saya.

Sepanjang perjalanan ke Jalan Kuchai Lama, kira-kira 4.15 p.m., saya terus cuba menelefon rakan untuk meminta nasihat tetapi sentiasa diganggu oleh wanita yang mengikuti saya seperti menanya banyak soalan-soalan tentang diri saya. Dia juga meminta saya memberitahu penyeliannya bahawa kami bertemu di luar HSBC Bank dan faham tentang syarat peraduan serta merayu saya untuk tidak memungkir janji untuk menyertai peraduan pada saat akhir kerana ini akan menyebabkan dia dimarahi oleh penyelia.

Setelah sampai di hadapan syarikat saya bersama wanita muda menaiki “lift” ke tingkat 2 dan sampai di pekabat syarikatnya, iaitu Techligent Sdn Bhd. Apabila saya memasuki pejabat tersebut saya terlihat produk barangan yang ditawarkan dalam kad gores dipaparkan di hadapan pintu masuk. Pada masa yang sama, terdapat seorang lelaki Cina berumur kira-kira 30-an berpakaian t-shirt dan jeans duduk di satu ruangan bertentangan dengan sebuah bilik peribadi sambil membaca surat khabar. Saya menanyakan identiti lelaki tersebut dan dimaklumkan bahawa dia dalah pengurus cawangan syarikat ini.

Kemudian, saya dibawa ke bilik peribadi untuk berjumpa dengan penyelia syarikat yang memperkenalkan dirinya sebagai, Teng. Apabila kami bertemu, saya ditunjukkan banyak iklan peraduan ini pada musim yang lepas iaitu kira-kira 4 kali dan meyakinkan saya bahawa syarikat mereka beroperasi selama 11 tahun, sebuah syarikat tempatan yang berpusat di Penang, 30 cawangan di seluruh Malaysia dan mendapat pengiktirafan ISO9001 serta membawa saya meninjau dinding “photo” yang menunjukkan gambar perasmian syarikat mereka iaitu pengurus besar dengan Ketua Menteri kerajaan Penang iaitu, Datuk Koh Tsu Koon.

Sejurus itu, dia menunjukkan surat perjanjian untuk melindungi kepentingan saya sekiranya kad gores “kunci” itu kosong. Surat perjanjian itu dalam bahasa Melayu dan nampak ringkat dengan kandungan menyatakan syarikat mereka bersetuju membayar pampasan RM7000 tunai dengan segera atau saya menerima salah satu hadiah dari senarai hadiah utama. Dalam masa yang singkat dia meminta kad pengenalan saya serta kad kredit saya selepas saya menandatangani perjanjian itu. Saya meminta penyelia membuat dua salinan asal perjanjian itu dan dia bersetuju. Saya pun membuka kad gores kunci dan menandatangani pada kupon tersebut dan mendapati saya memenangi kerusi “massage” (urut).

Selepas itu, mereka (penyelia dan wanita muda) mula membawa masuk produk tiga item elektronik percuma dan kerusi “massage” di hadapan saya dan menyerahkan bil bayaran (nombor rujukan 109686 resit rasmi syarikat Techligent Sdn Bhd) yang dicatatkan 4 barangan item bersama kod barangan. Apabila saya meneliti bil itu, saya menanyakan penyelia mengapakah bil RM3985.20 (termasuk caj kredit kad RM97.20 + RM3888) adalah dirujuk kepada item barangan dan bukannya caj iklan peraduan seperti yang dinyatakan oleh wanita muda semasa kami bertemu di hadapan HSBC Bank. Penyelia itu diam seketika dan memberi alasan bahawa tiada resit iklan kerana ianya membazir dan melontarkan soalan kepada saya iaitu “Tidakkah itu satu pembaziran untuk menempah satu buku invois resit iklan semata-mata untuk pemenang peraduan ini.”

Saya mula berdebat dengannya bahawa ianya satu keperluan menyatakan bayaran adalah perlu selari dengan tujuan pembayaran. Penyelia itu mengulangi alasan yang sama. Pada masa yang sama, dalam keadaan pintu separuh tertutup saya ternampak lelaki Cina (yang mendakwa dirinya pengurus cawangan), yang duduk di luar memerhatikan kami. Dengan perasaan risau dan kecewa atas peraduan mereka, saya keluar dari bilik itu dan meminta mereka menghantar barangan ke dalam kereta saya. Proses pemindahan barangan tamat kira-kira pukul 4.55 p.m. dan dilihat oleh orang lain di bawah kedai di bangunan itu.

Dengan perasaan kecewa dan tidak menentu arah, saya menuju ke rumah kawan di Petaling Jaya kira-kira 5.30 p.m. dan minta nasihat daripada mereka serta memaklumkan sepanjang proses itu. Saya langsung tidak memahami bagaimana produk tersebut berfungsi dan harga barangan tersebut tidak berbaloi sebanyak RM3988.20. Setelah berbincang dengan rakan, saya memberi kuasa kepada mereka untuk mewakili saya untuk menelefon penyelia itu, Teng, kira-kira 7.30 p.m. yang bernombor telefon 012-7375653 untuk meminta balik bayaran serta mahu memulangkan produk tersebut. Teng enggan memulangkan bayaran dan menyatakan bahawa saya telah menandatangani surat perjanjian di mana saya tidak diberi salinan dokumen tersebut dan juga mendapati bahawa bayaran resit kad kredit rasmi (No kad kredit HSBC MasterCard: 5412 XXXX XXXX XXXX) saya adalah diberi kepada syarikat Homesonic Marketing Sdn Bhd dan bukannya Techligent Sdn Bhd!

Dengan berdasarkan bukti pembayaran serta resit kad kredit yang tidak sejajar dengan apa yang dijanjikan saya amat kecewa dengan syarikat Techligent Sdn Bhd dan penyelianya serta wanita muda kerana tidak mahu bertolak ansur untuk memulangkan wang saya. Saya amat berharap pihak berkuasa tuan mengambil tindakan terhadap syarikat ini dan menuntuk kembali wang saya. Saya berjanji akan memulangkan semula 4 item yang “dihadiahkan” kepada saya.

Jasa baik tuan akan saya kenangi dan didahului dengan ribuan terima kasih. Sekian Terima kasih.



In my next blog, I'll talk about the actions and procedures that you can take when facing similar case.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...